1 Jam 1 Blogger : Cik Wanny

Nama blog dan url?
 
 nama blog saya ialah " A Story is About You and Me. Url blog saya ialah http://astoryisaboutyouandme.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

saya buat blog ni pada 15 june 2010.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

blog yang menjadi rujukan saya semasa saya mula-mula membuat blog ialah blog kawan saya iaitu http://ieyqaadam.blogspot.com/.  apabila saya ada kekeliruan tentang sesuatu didalam blog, saya akan bertanya kan beliau. kadang-kadang saya akan mencarinya di google tentang kemusykilan saya. 


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

sumber atau rujukan saya dalam menghasilkan entri saya yang utama ialah apa yang saya rasa. ianya lebih kepada untuk meluahkan perasaan saya dalam seharian yang dipopulasikan dengan cerita saya dengan teman lelaki saya iaitu Incik Dean. kemudian saya akan tuliskan tentang sesuatu event yang saya sertai seperti aktiviti jalan-jalan saya dengan kawan-kawan, family, seminar, trip, apa yang ada didalam hidup saya, apa yang saya sayang dalam hidup saya. secara amnya, apa yang saya tulis berkisarkan tentang pengalaman hidup saya.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

buat masa ni, blog saya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan yang berasaskan wang ringgit. tujuan asal saya membuat blog hanya untuk menulis tentang kisah hidup saya yang sekarang ni saya tulis tentang saya dan teman lelaki saya. lebih tepat ingin saya katakan bahawa tujuan saya menulis blog adalah untuk menceritakan tentang hidup saya agar dapat dijadikan kenangan di masa hadapan untuk tatapan generasi saya di masa akan datang.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

pengalaman manis saya sepanjang berblogging apabila Incik Dean iaitu teman lelaki saya membaca semua entri yang saya tulis pasal dia, kemudian dia cakap dia sayang saya sangat-sangat lepas baca entri pasal dia even saya tulis pasal kitorang bergadoh. dia akan baca blog saya lebih kurang 1 bulan sekali. so dia membuat saya tertunggu-tunggu untuk tahu reaksi dia lepas dia baca blog saya. itu yang membuat saya teruja untuk menulis dan itulah kenangan manis saya.  setakat hari ini, saya tidak mempunyai satu pun pengalaman pahit di dalam dunia blogging.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

bagi saya, etika yang perlu ada pada setiap blogger ialah menjaga batas-batas bahasa didalam setiap ayat yang ditulis agar tidak mengganggu privasi orang lain. kemudian setiap blogger haruslah kreatif untuk mencari idea-idea untuk ditulis didalam entri. selain daripada itu, blggoer perlu sabar dan cuba untuk tidak cepat melatah apabila blognya dikritik oleh blogger-blogger yang lain.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah caranya untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

berdasarkan pengalaman saya, cara untuk membuatkan blog kita dikenali ramai ialah mengamalkan dasar blog-walking, so orang lain juga akan berjalan ke blog kita. apabila kita membaca entri seseorang, tinggalah sebaris komen sebagai menghargai usaha blogger tersebut dalam menulis entri kerana kita juga mahukan orang menghargai entri kita bukan? selain daripada tu kita perlu rajin menyertai contest-contest yang di buat oleh blogger lain. seterusnya saya selalu menulis sesuatu di shout box blog-blog supaya mereka tahu akan kehadiran saya di blog mereka sekaligus memberitahu mereka tentang kewujudan saya di dalam dunia blog. bagi saya cara ini dipanggil win-win situation, blogger lain dapat manfaat yang sama dengan manfaat yang kita akan dapat daripada mereka. dan yang paling penting kita hendaklah bijak untuk menulis entri-entri yang berguna dan bermanfaat kepada orang yang membaca. 


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

kata-kata semangat untuk blogger lain ialah, sama-sama lah kita berusaha dalam memajukan dunia blog ke arah yang positif dan berguna untuk semua orang. marilah sama-sama menjana manfaat blog untuk semua generasi.