1 Jam 1 Blogger : BERT

Nama blog dan url?

Saya dengan tulus ikhlas memberi nama blog saya BUKAN BLOG KAMU dengan membawa maksud blog ni saya punye sorang2 haha... meh2 datang blog saya yang haru-biru ni...http://viniyamey.blogspot.com
 

Sejak bila anda buat blog ini?

saya telah terdaftar dengan rasminya  pada Ogos 2008....tapi rasenye masih baru lagi dalam dunia blog...


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Masa mula2 saya buat blog saya telah terujuk pada blog2 yang banyak mendedahkan pada tutorial... tapi saya ni jenis lupa nak kenang jasa maka saya pon terlupa blog apa yang sudah saya terjah hasil daripada pencarian di Google...


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

sumber saya dalam membuat entry sama ader saya tengok keadaan sekeliling dalam aktivi seharian... diary sendiri... penagalaman sendiri.. tengok berita semasa... merepek2 di kala bosan.. sumber dari email yang dihantar dari kawan2 yang mane sesuwai untuk dikongsi dengan orang awam di alam maya ini....


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

 saya pasang alat mendapatkan duit ni pon baru tahun lepas.. sejak taunye yang blog ni boleh juge mendatangkan duit.. hohoho... tujuan asal tidak lain tidak bukan untuk bercerita.. berkongsi.. merepek serta mengisi masa lapang kerna saya suka berborak sorang2 dalam bentuk penulisan serta cube memberi manfaat serta info yang boleh digunakan untuk orang awam di alam maya ini....


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis saya bergelar blogger apabila Encik Ben Ashaari datang jadi follower hahaha...boleh kira manis tak tu?? selain itu peningkatan dari masa ke semasa pengunjung ke blog ini...tambahan pula... entry2 lama juga turut dilawati dan dibacai.. manakala pengalaman pahit bila berblogging bila tader idea nak hapdet ape serta banyak buang masa untuk menukar layout setiapkali perasaan bosan datang menerpa di dalam jiwa....


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

etika yang perlu ader pada setiap blogger pada saya perlulah ader identiti sendiri, tak perlu letak muzik yang bingit kerna menggangu pembacaan serta memudahkan bentuk komen untuk mengomen pada setiap entry..selain itu, blog anda tidak perlu sarat dengan segala widget2 yang rasenye tak perlu serta layout anda perlulah kemas tidak serabut termasuklah tulisan sekali jangan guna yang pelik2 hehehe...


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

saya rase yang paling mudah dengan menggunakan facebook hehe.. walopon ader cara lain seperti innit, pingblog n serta segala macam tu yang takpenah pon saya guna..sebab di facebook saya punyai ramai kawan n senang untuk mempromosinya weee wee wee...


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

pada blogger terutama yang masih baru (saya pon baru juge hehe) jangan berputus asa.. teruskan berblogging.. belajar tips2 untuk meningkatkan mutu gaya dan keunggulan pada blog anda..serta cari idea yang besss2 untuk dikongsi bersama pada orang awam di alam maya yang boleh dimanfaatkan...


0 comments: