1 Jam 1 Blogger : Bella Ayub

Nama blog dan url? 

Well , nama blog bella wajib lah ada nama diri sendiri ye dak ?  Velog Bella Ayub , masa bella start blogging dulu , masa tu tak ada lagi VLOG aka video blog , dalam blog bella tak ada banyak mana pun video . Yang jadi velog Bella Ayub sebab bella pronounce blog kepada 'velog'. Itu je :) URL : http://bellasuke-berbelog.blogspot.com

 
Sejak bila anda buat blog ini?

Bella start buat blog sejak bella mulakan praktikal bella . Pada 25 Mac 2010 , masih baru lagi dalm dunia blogger ni . Dan entry pertama ialah http://bellasuke-berbelog.blogspot.com/2010/03/budak-baghu-blajar.html


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Masa mula mula blogging , bella memang tak rujuk mana mana blog , kalau nak design pun ikut sedap rasa je pakai template yang blogger sediakan , tapi lama kelamaan bella baru tahu yang sebenarnya jugak ada blogger yang bagus   buat tutorial untuk design blog untuk nampak lebih menarik dan cool . Tutorial yang bella belajar kebanyakkan nya daripada Edrina Hazelina dan Mommy Pinky . Bella jatuh cinta dengan dunia blog jugak sebab bella jumpa blog cik Hanis Zalikha dimana masa tu In-Trend tahun 2010 tak silap ada senaraikan 50 blog pilihan . Masa tu perasaan memang    berkobar kobar nak buat blog . Dan di tambah bersemangat lagi bila saya add Fatin Liyana Asri di facebook , dan dapat tahu dia ada bolg dan serta merta terus lagi semangat tak pasal pasal dengan dunia blogging . 


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Untuk menghasilkan entry yang dapat menarik minat pembaca , kita sendiri kena banyak membaca . Kena ambil tahu info info yang penting , kena alert dengan kejadian yang berlaku di sekeliling . Sumber rujukan terbanyak ialah Google . Selain tu , ada jugak bella rujuk majalah , akhbar , website , orang sekeliling dan persekitaran . :) yang paling penting kena pandai tarik pembaca . Itu taktik nak lekat kan pembaca untuk menjadi follower tegar di blog kita . 


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

HUH! , kerana duit ? masa bella mula mula blogging . Seriously bella memang tak tahu yang dengan berblog kita boleh   jana pendapatan . Bella blogging sebab suka suka dan nak share sesuatu dengan pembaca .Apa yang bella rasa ,    kenangan bella , suka ria bella , naik turun segala mala lah nak share kat blog .  Enjoy sangat dapat luahkan apa yang jadi   dalam kehidupan di dada blog . Konon nya blog tu kira diari harian . Tapi lama kelamaan baru dapat tahu blog boleh jana pendapatan . Itu pun tahu dari blog Abang Ben Ashaari . 


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Bella tak jumpa kenangan pahit lagi dalam berblogging , even ada anon yang mengusik tapi anggap saja itu sebahagian l alat hitam yang saja nak menyinggah . Kenangan manis pulak bila bella menang Shades Contest daripada blog Miss Genit aka Sab . Tak percaya rasanya boleh menang sebab masa tu contestan semua hebat dan lawa dan pandai pose . tak tahu  cemana gambar murahan cap ayam dengan handphone berkuasa kuda 5mpxl tu boleh di umumkan sebagai Johan . Rasa seronok pulak. Selain tu jugak , kenangan manis bila bella jumpa seseorang yang boleh mamahami isi hati dan sentiasa    menjadi pendukung suka duka naik turun saya . Dan lebih tak sangka pulak . Seseorang tu ada kena mengena dengan bella jugak . 


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika ? etika yang perlu ada pada setiap blogger adalah jangan mengamalkan sikap copy paste entry blogger lain . Sebab itu namanya mencuri hasil karya orang lain . Tahu kan , mencuri adalah amalan yang berdosa besar di dalam Islam .Lain lah kalau seseorang itu meminta izin terlebih dahulu sebelum mem-publish entry copy paste tersebut . 

Jangan terlalu bercerita perkara yang tersangat peribadi di dalam blog sebab ia akan mengundang kemusykilan pembaca lalu timbul lah fitnah itu dan ini . Bila datang fitnah timbul lah anonymous dan stalker stalker yang tak berkenaan nak mengodan ruang komen untuk memparahkan hati si penulis tersebut . Jadi , elakkan perkara yang boleh membuat pembaca merasa ewwww dan sebagainya . Jangan bergaduh sesama blogger . Itu paling penting . Lagi pun tak baik gaduh gaduh .


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

HAHA , bella tak tahu nak jawab macam mana , untuk dikenali ramai ? Blogwalking and jadi seorang yang ramah dengan  meninggalkan komen . Ambil masa untuk baca entry tersebut dan komen . Bila si penulis tadi dapat komen daripada kita , mesti dia akan rasa kita sanggup baca belog dia dan sebagai tanda penghargaan kebiasaanya dia akan datang melawat  blog kita pulak . Dan secara tak langsung blog kita di kenali . 

Cara lain , mungkin dengan join contest atau segmen segmen yang di anjurkan oleh blogger . Contohnya macam BPM    anjur segmen yang boleh merapatkan silaturrahim di antara blogger .

Atau dengan cara lain , hasilkan entry yang berpatutan dan boleh menarik minat pembaca . Kalau pembaca blog kau orang kebanyakannya perempuan , apa kata selitkan tentang fesyen terkini . Itu trip untuk ramai singgah . 


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Pada blogger yang baru ber-blogging , teruskan menulis sesuatu yang boleh menarik minat pembaca dan berinformasi . Untuk super senior , jika ada rintangan yang datang menyerang blog kau orang . Buat tak tahu je . Yang penting keep blogging . :)



0 comments: