1 Jam 1 Blogger : Amai

Nama blog dan url?

Nama blog saya pun amai :). URL bagi blog Amai ialah http://blahblahblahaqmar.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?
Blog nie dah lama ditubuhkan. Sejak tahun 2008, masa Amai masih Form 1 lagi. Sebab masa tu kawan-kawan Amai ada syorkan guna blog. Sebab ingin mencuba, guna jelah blog. Lama-lama best jugak guna. Tapi tahun 2010, baru Amai aktif ber-blogging nie.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?
Disebabkan masa tu blog tidak famous dikalangan remaja, so, Amai merujuk blog seorang kawan Myspace Amai nie. Blog dia memang cantik! Kemudian Amai belajar daripada dia macam mana nak buat edit blog. Thanx kepada budak tu!


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
Mungkin tak ada rujukan/ sumber. Saya menulis berdasarkan apa yang saya nampak. Kalau rasa-rasa ada cerita yang interesting, saya akan tulis dalam blog. Tapi saya seboleh mungkin, tak nak luahkan perasaan marah dekat blog. Tak manis.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?
Selain daripada duit, saya nak melepaskan apa yang membelenggu dalam kepala! HEHE. Kalau dah dapat luahkan tu, rasa ringan sikit kepala. Saya pun nak dapat ramai kawan jugak!


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?
Pengalaman manis? Dapat ramai follower kot. Sejak ramai follower nie, ada je traffic yang naik. Takde la naik sangat, tapi adalah jugak. Pengalaman pahit pula, tak ada kot. Insya-Allah, tak ada.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?
Seorang blogger mestilah mesra alam. Semakin mesra alam, semakin sukalah follower!


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?
Saya pun tak tahu apa pengalamannya. Nak kata blogwalking pun, tak adalah sekerap mana. Saya hanya promote blog di group yang ditubuhkan di Facebook. Dapat ramai follower daripada situ.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?
Tak semestinya blog kita tak ramai follower, tak ada yang baca. Sentiasa berusaha ke arah yang lebih best! HEHE.