Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Swasta

Kini tiba pula giliran anda yang belajar di universiti swasta untuk join dalam segmen sahabat blogger. terima kasih kerana sabar menanti..


Seperti biasa segmen ini hanya untuk mereka yang sedang belajar di universiti swasta. macam mana universiti swasta tu? hanya anda saja yang tahu.. saya bagi contoh seperti MMU, KLMU dan lain-lain yang namanya ada 'universiti'.


Bagaimana mahu join?

Sila buat satu entri yang menarik untuk di baca. dalam entri tersebut harus ada:
  • Link entri blog ini.
  • Tajuk entri 'Saya Pelajar MMU" (gantikan nama universiti anda belajar)
  • Gambar anda bersama rakan kelas, sekurang-kurangnya sekeping.
  • Nyatakan anda belajar di universiti mana? kursus apa? bila masuk dan bila akan tamat belajar?
  • Ceritakan pengalaman pahit manis anda semasa belajar yang anda tidak boleh lupakan.

Hanya itu saja yang diperlukan. dan TUNGGU DULU!! jangan publish entri anda tu sekarang.. sila tunggu entri bertajuk 'pelajar universiti swasta' keluar baru anda publish ye..


Bila anda boleh tinggalkan link entri yang dibuat nanti? entri itu nanti akan keluar pada hari esok. sila tunggu ye..


Tempoh akan diberitahu, dan anda sekarang perlu siapkan entri tersebut. pastikan ada gambar ye, barulah menarik..






p/s - segmen untuk pelajar kolej dan politeknik akan menyusul nanti..