Idea Untuk Pelajar Sekolah dan Universiti/Kolej

Saya ada satu idea untuk dikongsikan dengan anda semua. adakah anda sekarang tengah belajar sama ada di sekolah atau universiti ataupun kolej..

Saya nak tanya adakah anda join kelab di tempat anda belajar? adakah kelab tersebut mempunyai blog? kalau ada baguslah sebab saya merancang untuk membuat satu kategori tentang kelab sekolah dan universiti/kolej.

Satu senarai untuk mengumpulkan kelab-kelab yang dapat menambah lagi kenalan antara kita. 

Kalau kelab anda join tu belum ada blog, apa kata anda buat blog tersebut. saya cadangkan anda berbincang dengan cikgu atau pensyarah yang menjadi penasihat kelab supaya blog tersebut di wujudkan.

Apa yang anda boleh letak dalam blog itu nanti? saya cadangkan letak:
  • aktiviti kelab yang tengah berlangsung atau telah berlaku
  • senarai ahli kelab beserta link facebook, email atau blog
  • alumni kelab tersebut

Itu antara yang dapat aku cadangkan, kalau anda ada lagi cadangan sila lah tambah.. bagaimana? anda rasa patut atau tidak dibuat blog kelab seperti di atas?
Berikan komen anda. saya akan buat kategori tersebut jika wujudnya blog itu.. harap maklum..



15 comments:

Ayuni said...

erm, ok jugak...

zati-zt said...

Macam bes..

Mas-Azi-Mah said...

memang bagus ni... terima kasih membantu...

Mas-Azi-Mah said...

memang bagus ni... terima kasih membantu...

cik kumbang said...

gud idea..keep it up (^^,)

Telaga Putih said...

sy mmg mencari blog kelab fasilitator di ipt lain~

Siti Safiyyah said...

haa tu ramai yg stuju tu..boleh kasi on jela..hehe

Adira Jamal said...

buatlah blog terkreatif ke. boleh la tengok blog yang kreatif belake

FARISUKIMI said...

BAGUS sgt tu..!
ondaway siapkn blog kelas..ha3..
http://pismpb2011.blogspot.com/

Fariq said...

erk,, tak penah join mana2 kelab kat kolej ku,, takde masa,, huhu

EzuWan Ilias said...

stuju2 dgn cdgn tue..masa kat Poly dulu masuk kelab gak tapi xder blog bagai..hurm..msti happening lau ader..

Amna.Qadeeja said...

erm,menarik jgk huuu

cik kumbang said...

setuju dgn adira jamal -cik kumbang-

Azman Roslan said...

@Siti Safiyyah nak on boleh tapi bukan sekarang la, heheh.. Banyak masa lagi.

. are- leeya . said...

saye setuju sangat ,,,, letak lah sejarah sekolah segala laa yg menarik