SENARAIKAN BLOG MAKAN-MAKAN PILIHAN ANDA!!

Salam sejahtera semua.. lama sudah saya tidak update blog ini kan.. maafkan saya ye.. ok untuk itu saya nak buat satu entri tapi bukan undian la cuma mahukan cadangan dari anda semua..


Saya mahu senaraikan blog-blog yang memaparkan entri tempat makan yang best di seluruh Malaysia atau pun dunia. tujuannya adalah untuk menjadi rujukan kepada kita semua bila mahu mencari tempat makan yang best..


Sebelum anda mahu cadangkan blog tersebut, pastikan blog itu sekurang-kurangnya ada 70% entri yang berkaitan tentang tempat makan yang dia pergi ye.. tidak kira la blog tersebut dalam BM atau BI.. harap anda faham, kalau tak sila tanya..


Macam mana nak cadangkan? senang saja, tidak perlu buat entri.. anda hanya tulis di ruangan komen bawah ini :
  • Nama dan link blog anda.
  • Senarai blog makan-makan pilihan anda.

Mudah saja kan.. anda cadangkan seberapa banyak yang anda mahu.. jadi apa lagi.. sila la cadangkan.. terima kasih kerana sudi memberi cadangan..


Siapa Nak Jadi Partner BPM 2012??

Apa khabar semua?? rasanya sudah lama blog ni terabai. rasa sayang juga sebab blog ni sedikit sebanyak telah membantu anda semua dalam dunia blog di Malaysia kan..


Maaflah bukan nya saya taknak aktifkan blog ni, cuma tidak mempunyai masa yang lapang dan juga kemudahan internet yang stabil. ye la, sekarang saya guna mobile broadband berbanding dulu guna streamyx, heheh..


Saya memang nak aktifkan semula aktiviti dalam blog ni.. cuma saya perlukan bantuan dari korang semua.. saya perlukan seorang atau dua orang yang boleh membantu saya dalam mengendalikan blog ni..


Korang berminat tak?? apa yang korang akan dapat? semestinya traffik blog, heheh.. 


Ok lah kalau ada yang berminat nak jadi partner/pembantu BPM 2012 ni, sila comment di bawah ye.. jika ada sambutan saya akan buat satu entri yang ada syarat-syarat untuk menjadi partner BPM ni.. kalau takde mungkin BPM akan menjadi sejarah selepas ni..


BPM 2011!!

Apa khabar blogger semua? harap sihat saja.. sudah lama blog ni sepi tanpa khabar berita.. pasti ada yang rindu pada blog ni, heheh.. gurau je..


Sekarang sudah bulan Oktober, maksudnya aktiviti undian akan bermula November nanti.. anda semua nak join tak? macam tahun lepas punya..


Tapi tahun ni saya rasanya perlukan seorang pembantu la.. bukan apa saya perlukan seorang pembantu untuk update kan senarai blog-blog nanti.. 


Tapi ada kriteria yang perlu pada seorang pembantu ni.. saya perlukan anda yang mempunyai kemudahan internet tanpa batasan dan juga masa.. kalau anda rasa anda boleh jangan segan untuk email pada saya..


Apa email saya? boleh cari di blog satu lagi tu.. kenapa tak bagi je terus? saja nak test anda, heheh.. ok lah jumpa lagi..

Blog Personal Isteri Pilihan

Senarai di bawah adalah blog-blog personal yang bloggernya seorang wanita yang sudah berkahwin.. mari kita berkenalan dengan blog mereka sebelum undian BPM bermula nanti..

  1. Mrs Secretary
  2. ciK tiaQaLbi: sTorY si IsteRi ComeL
  3. K-POH Ahli kabinet dapur/spy tingkap
  4. belog mrsbifa
  5. Miss Librarian 
  6. KARIPAPSAYUR (Mak Qaiser)